Pages

Showing posts with label definisi pendidikan khas. Show all posts
Showing posts with label definisi pendidikan khas. Show all posts

Monday, 15 September 2014

DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS

DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS

1.1 Definisi Pendidikan Khas

Pendidikan Khas bererti program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid-murid khas. Pengajaran dan pembelajaran program ini menggunakan teknik yang bersesuaian dengan murid-murid khas. Ini termasuk menggunakan sumber dan peralatan khas untuk membantu pembelajaran murid-murid khas.




Menurut Hallahan dan Kauffman (2006): Pendidikan Khas didefinisikan sebagai satu bentuk pendidikan yang disediakan untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas. Gargiulo (2003) pula menyatakan Pendidikan Khas merupakan program pengajaran khusus yang di reka bentuk bagi memenuhi keperluan pelajar luar biasa. Ia mungkin memerlukan penggunaan bahan-bahan peralatan dan kaedah pengajaran khusus. Friend (2005) menyatakan Pendidikan Khas adalah pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dikelolakan dalam bilik darjah, di rumah, di hospital atau institut lain. Mansor (2005) Program Pendidikan Khas di Malaysia merupakan satu usaha yang berterusan menggalakkan perkembangan optima seseorang sebagai seorang yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

1.2 Definisi kanak-kanak Berkeperluan Khas

Kanak-kanak berkeperluan khas (exceptional children) terdiri daripada kanak-kanak yang mengalami kesukaran belajar. Kanak-kanak pintar, cerdas (gifted) yang mempunyai kebolehan yang jauh lebih tinggi daripada norma juga diklasifikasikan sebagai kanak-kanak berkeperluan khas. Kedua-dua kumpulan pelajar ini memerlukan pengubahsuaian kepada kurikulum dan kaedah mengajar supaya mereka dapat merealisasikan potensi mereka (Heward,2003). Pelbagai istilah lain telah digunakan untuk ‘kanak-kanak berkeperluan khas’ ini seperti kanak-kanak istimewa, kanak-kanak luar biasa, kanak-kanak kurang upaya, kanak-kanak cacat, kanak-kanak abnormal, kanak-kanak bermasalah dan kanak-kanak terbantut pertumbuhan dan perkembangan.


Menurut Kail (2001) hampir 4% daripada populasi dunia terdiri daripada individu luar biasa atau kanak-kanak berkeperluan khas. Terdapat kanak-kanak yang dilahirkan tanpa boleh mendengar apa-apa bunyi, manakala ada juga yang dilahirkan tanpa mempunyai keupayaan untuk melihat objek atau cahaya termasuk muka ibu bapa sendiri. Terdapat kanak-kanak yang mengalami kesukaran memberi tumpuan atau mengalami kerencatan mental sejak lahir. Secara umumnya kanak-kanak berkeperluan khas berbeza daripada kanak-kanak normal dari segi mental (pencapaian akademik),keupayaan deria (melihat dan mendengar),keupayaan berkomunikasi (menulis dan bertutur), tingkah laku (mengawal diri) dan emosi (bercampur gaul) dan ciri-ciri fizikal (bergerak dan menjaga diri sendiri).

1.3 Istilah

1.3.1 Handicap


Sesuatu kelemahan yang terdapat pada seseorang akibat daripada sesuatu kekurangan yang menghadkan atau menghalang dia memenuhi peranan sebagai seorang yang normal. Sesuatu jenis kecatatan mungkin menjadi masalah dalam satu persekitaran yang berlainan. Contohnya seorang pelajar pekak mungkin merasa cacat kerana sukar bermain alat muzik dalam pancaragam sekolah dengan kanak-kanak biasa. Sebaliknya kanak-kanak yang sama tidak merasa tercacat ketika dalam makmal sains.

1.3.2 Disability

Sesuatu yang menghalang seseorang melakukan kerja atau tugas tertentu yang dapat dilakukan oleh individu normal.


1.3.3 Impairment


Ketidaknormalan dari aspek psikologi, fisiologi dan anatomi. Ia juga berkaitan ketidaknormalan struktur atau fungsi dari k segi psikologi, fisiologi dan anatomi. Contohnya kekurangan dari aspek pendengaran atau penglihatan.







Sunday, 7 September 2014

DEFINISI KANAK - KANAK PELBAGAI KECACATAN

Definisi Kanak-kanak Pelbagai Kecacatan

Menurut Nibedita (2003), kanak-kanak yang mempunyai kecacatan pelbagai adalah mereka yang mempunyai dua atau lebih kecacatan seperti kecacatan mental disertai masalah penglihatan, masalah pendengaran serta keadaan yang melumpuhkan. Punca utama mengapa terjadinya kecacatan pelbagai tidak dapat dipastikan sepenuhnya tetapi dalam sesetengah keadaan boleh dikesan ketika bayi di dalam kandungan.

Menurut Edward & Yvonne (2007) pula, pelajar yang menghidap kecacatan pelbagai
mempunyai kombinasi kecacatan di mana terdapat dua atau lebih kecacatan iaitu seseorang yang menghadapi kecacatan lebih daripada satu jenis ketidakupayaan misalnya, seseorang yang menghadapi kecacatan penglihatan dan pada masa yang sama menghadapi kecacatan pendengaran.





Kecacatan pelbagai ialah istilah di mana merangkumi pelbagai kombinasi kecacatan
yang melibatkan pendidikan, pemulihan sokongan kerajaan dan kumpulan-kumpulan sukarela tertentu. Dalam IDEA, kategori ini tidak termasuk dalam pendidikan khas di mana program pendidikan khas hanya membuka peluang kepada mereka yang menghadapi satu jenis kecacatan sahaja (Richard, 2003).

Menurut Mohd Sharani Ahmad (2009), kecacatan pada kanak-kanak dikenalpasti
berlaku akibat daripada baka. Apabila dikaitkan dengan baka, ia bermula pada hubungan
seksual suami dan isteri. Umumnya, suami menghasilkan sperma dalam 23 pasangan
kromosom dan begitu juga dengan isteri menghasilkan telur dalam 23 pasangan kromosom. Ia berlaku dalam dua jenis pewarisan. Pertamanya, ibu bapa mempunyai kecacatan dan diwarisi oleh anak dan keduanya, ibu bapa tidak mengalami kecacatan tetapi anak yang mengalami kecacatan. Setiap pasangan kromosom yang wujud dalam pasangan itu menghasilkan empat percantuman apabila berlaku persenyawaan. Dalam keadaan inilah anak mungkin mewarisi sifat cacat.



Ketidakseimbangan kromosom yang pertama iaitu ’autosomal dominant’,
di mana perwarisan baka ini diwarisi oleh anak. Contohnya jika salah seorang daripada ibu dan bapanya mempunyai baka cacat maka peluang mendapat anak cacat adalah 50% pada setiap kali kandungan. Pewarisan kedua, ‘autosomal excessive’ iaitu kedua ibu bapa pembawa kecacatan. Jika salah seorang saja pembawa baka cacat, maka anak yang dilahirkan tidak cacat cuma masih sebagai pembawa baka cacat. Bagaimanapun, bagi pasangan yang normal tetapi kedua-duanya pembawa baka cacat kemungkinan anak cacat tetap ada kerana kedua-dua ibu bapanya adalah pembawa baka cacat. Peratus mendapat anak cacat adalah 25 peratus, 50  peratus menjadi pembawa manakala 25 peratus lagi mungkin normal. Keadaan ini berlaku setiap kali kandungan. Contohnya daripada tiga kandungan mungkin dua anaknya dilahirkan normal kerana penerimaan baka normal. Oleh itu, sebahagian ibu bapa yang normal juga mempunyai anak cacat (Mohd Sharani Ahmad, 2009).