Definisi Kanak-kanak Pelbagai Kecacatan
Menurut Nibedita (2003), kanak-kanak
yang mempunyai kecacatan pelbagai adalah mereka yang mempunyai dua atau lebih
kecacatan seperti kecacatan mental disertai masalah penglihatan, masalah
pendengaran serta keadaan yang melumpuhkan. Punca utama mengapa terjadinya
kecacatan pelbagai tidak dapat dipastikan sepenuhnya tetapi dalam sesetengah keadaan
boleh dikesan ketika bayi di dalam kandungan.
Menurut Edward & Yvonne (2007)
pula, pelajar yang menghidap kecacatan pelbagai
mempunyai kombinasi kecacatan di mana terdapat dua atau lebih kecacatan iaitu seseorang yang menghadapi kecacatan lebih daripada satu jenis ketidakupayaan misalnya, seseorang yang menghadapi kecacatan penglihatan dan pada masa yang sama menghadapi kecacatan pendengaran.

Kecacatan pelbagai ialah istilah di
mana merangkumi pelbagai kombinasi kecacatan
yang melibatkan pendidikan, pemulihan sokongan kerajaan dan kumpulan-kumpulan sukarela tertentu. Dalam IDEA, kategori ini tidak termasuk dalam pendidikan khas di mana program pendidikan khas hanya membuka peluang kepada mereka yang menghadapi satu jenis kecacatan sahaja (Richard, 2003).

Menurut Mohd Sharani Ahmad (2009),
kecacatan pada kanak-kanak dikenalpasti
berlaku akibat daripada baka. Apabila dikaitkan dengan baka, ia bermula pada hubungan
seksual suami dan isteri. Umumnya, suami menghasilkan sperma dalam 23 pasangan
kromosom dan begitu juga dengan isteri menghasilkan telur dalam 23 pasangan kromosom. Ia berlaku dalam dua jenis pewarisan. Pertamanya, ibu bapa mempunyai kecacatan dan diwarisi oleh anak dan keduanya, ibu bapa tidak mengalami kecacatan tetapi anak yang mengalami kecacatan. Setiap pasangan kromosom yang wujud dalam pasangan itu menghasilkan empat percantuman apabila berlaku persenyawaan. Dalam keadaan inilah anak mungkin mewarisi sifat cacat.

Ketidakseimbangan kromosom yang
pertama iaitu ’autosomal dominant’,
di mana perwarisan baka ini diwarisi oleh anak. Contohnya jika salah seorang daripada ibu dan bapanya mempunyai baka cacat maka peluang mendapat anak cacat adalah 50% pada setiap kali kandungan. Pewarisan kedua, ‘autosomal excessive’ iaitu kedua ibu bapa pembawa kecacatan. Jika salah seorang saja pembawa baka cacat, maka anak yang dilahirkan tidak cacat cuma masih sebagai pembawa baka cacat. Bagaimanapun, bagi pasangan yang normal tetapi kedua-duanya pembawa baka cacat kemungkinan anak cacat tetap ada kerana kedua-dua ibu bapanya adalah pembawa baka cacat. Peratus mendapat anak cacat adalah 25 peratus, 50 peratus menjadi pembawa manakala 25 peratus lagi mungkin normal. Keadaan ini berlaku setiap kali kandungan. Contohnya daripada tiga kandungan mungkin dua anaknya dilahirkan normal kerana penerimaan baka normal. Oleh itu, sebahagian ibu bapa yang normal juga mempunyai anak cacat (Mohd Sharani Ahmad, 2009).

No comments:
Post a Comment